HI-TEA KEMANUSIAAN "BERSAMA MEMBINA GAZA"
Bersempena dengan MyCARE Road Tour 2026 (MRT4.0), MyCARE Johor dengan berbesar hati menganjurkan Hi-Tea Kemanusiaan "Bersama Membina Gaza".
Melalui program ini, ia juga menjadi platform bagi aktiviti pengumpulan dana untuk bantuan Palestin di Gaza. Dana ini akan digunakan untuk menyokong pelbagai inisiatif seperti makanan, bantuan perubatan dan pelbagai bantuan untuk membina semula Gaza.
Kami juga berharap melalui program ini dapat menguatkan hubungan antara MyCARE, penyumbang, dan komuniti melalui aktiviti yang dijalankan bersama, serta memperkukuhkan semangat solidariti dan kebersamaan.
Lokasi: Hotel The Avenue M, Johor Bharu
Tarikh: 8hb Ogos 2026 (Sabtu)
Waktu: 2 Petang-6 Petang
