MyCARE Road Tour Pulau Pinang 2026
Hi-Tea Kemanusiaan: Harapan & Masa Depan Anak Yatim
Bersempena MyCARE Road Tour Pulau Pinang 2026, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menganjurkan Hi-Tea Kemanusiaan: Harapan & Masa Depan Anak Yatim bagi mengumpul dana untuk Tabung Pendidikan Anak Yatim.
Dana yang dikumpulkan akan disalurkan bagi menyokong keperluan persekolahan, bahan pembelajaran dan bantuan pendidikan. Setiap tajaan mampu menjadi titik perubahan kepada masa depan yang lebih cerah dan bermakna buat anak-anak yatim.
📅 Tarikh: 29 Ogos 2026 (Sabtu)
🕒 Masa: 3.00 petang – 6.00 petang
📍 Tempat: Hotel Ixora, Perai, Pulau Pinang
🎟 Pilihan Tajaan
Platinum – RM300/Kerusi atau RM3,000/Meja
Gold – RM200/Kerusi atau RM2,000/Meja
Silver – RM100/Kerusi atau RM1,000/Meja
Jom bersama menjadi sebahagian daripada harapan mereka. Tempah kerusi atau meja anda dan bantu membuka lebih banyak peluang pendidikan buat anak-anak yatim.
