Kempen Penajaan Anak Yatim Syria
Anak yatim di Syria telah menanggung beban yang tidak dapat ditanggung oleh orang dewasa. Kehidupan anak-anak ini tidak akan sama selepas kehilangan ahli keluarga mereka. Dengan tajaan ini, kita dapat bantu mereka dari segi makanan, pakaian dan pendidikan. Sumbangan anda ibarat cahaya di tengah kegelapan.
