Kempen Penajaan Anak Yatim Afghanistan
Di tengah-tengah pergolakan yang berterusan di Afghanistan, anak-anak yatim sering kali terpinggir dan kehilangan harapan. Kehilangan keluarga, rumah, dan peluang untuk pendidikan telah menggelapkan hari-hari mereka. Tajaan anda bukan sahaja membantu mereka dari segi keperluan harian seperti makanan, pakaian dan pendidikan malah dapat bantu mereka merasai kegembiraan yang hilang.
